Kita semua punya alasan tersendiri mengapa memilih fiksyen sebagai bahan bacaan. Sama ada sebagai denai pelarian dari realiti hidup yang serba menekan, atau mungkin sebagai pintu masuk bagi sudut pandang dunia yang baharu, atau mungkin juga untuk mengintai daya estetika penulisan hebat yang lain, atau hanya sekadar peneman kala bersendirian di kafe.. kita tidak dapat menolak hakikat keterikatannya pada satu paksi yang sama : kreativiti dan imaginasi.
Fleksibiliti membina dunia yang ‘hanya rekaan semata-mata’ inilah, bagi saya, yang sebenarnya menempa fiksyen sebagai bilah mata yang tajam.. atas kemampuannya bertindak sebagai instrumen untuk bermain dengan sesuatu yang sangat dekat di jiwa pembaca.. emosi, perasaan, semangat, impian, harapan. Hanya dia sahaja tahu serta merasainya sendiri.
In both of these novels, we see a more individualist art form developing. There was an increased emphasis on reading as a solo activity, where the reader engaged with the story on a personal level.
Epic poetry and drama were designed for group or public consumption, but the reader of a novel is, in the moment of reading, the lone witness to the world of the story. As a result, the novel interrogates the personhood of its protagonist more intimately. It takes a more nuanced look at its characters, focuses on internal monologue and interiority, and holds space for conflict and ambivalence more so than previous forms.
Atas sebab itu.. fiksyen, tanpa mengira ianya commercial fiction yang lebih ringan ala happily ever after, atau literary fiction yang lebih berat bersadur falsafah dan critical thinking, atau reportage fiction yang menyulam literary journalism dengan fiksyen yang mengasyikkan.. kesemuanya itu efektif bagi mereka yang ingin mempengaruhi massa. Tidak kiralah sama ada yang baik atau buruk, gembira atau sedih, tenang atau chaotic, membina atau membinasakan.. semuanya tergantung penuh pada tujuan mengapa ia ditulis. The end- game.
Kita sendiri dapat melihat keramaian sekeliling yang berkongsi tentang bagaimana fiksyen mempengaruhi mereka dalam membuat keputusan hidup / perniagaan. Misalnya Elon Musk dengan sci-fi Hitchhiker’s Guide to the Galaxy oleh Douglas Adams.. yang diawalnya dahulu menimbulkan rasa curious beliau terhadap angkasa raya, hingga membuatkannya membina SpaceX (selain kerana peluang komersil). Ataupun Jeff Bezos dengan The Remains of the Day oleh Kazuo Ishiguro.. yang berkongsi tentang rasa penyesalan sekiranya terlepas peluang keemasan ketika sihat tubuh badan. Ini yang membuatkannya membina “regret-minimization framework”.. dengan andaian jika nanti berumur 80 tahun dan melihat semula kebelakang sekiranya tidak mengambil sesuatu keputusan penting.. adakah dirinya bersedia untuk menghadapi penyesalan?. Yeah.. quite deep. Jadi kita boleh faham mengapa dirinya begitu menggila dalam membina empayar Amazon.
Cuma itulah.. kisah mereka di atas hanya terfokus pada impian material dan jasmani disebabkan fiksyen. Bagaimana pula dengan individu yang terpengaruh dengan fiksyen.. dan menulis karya yang lebih serius untuk kesedaran massa?. Ini saya rasa jauh lebih berbahaya kerana penulis yang terpengaruh jiwa dan fikirannya dek kerana fiksyen.. dengan instrumen yang sama juga berpeluang untuk mempersembahkan semua yang bermain di jiwa dan fikiran melalui tulisan yang lebih kritikal dan matang. Sang radikal yang meledakkan fakta dan data melalui pena.. kerana fiksyen. Ada ke orang sedemikian?
Saya jujurnya percaya ramai juga sebenarnya diluar sana. Namun untuk yang ini, hanya ada satu nama sahaja muncul segera di fikiran saya, dengan mengambil kira impak dan kesannya besarnya di alam realiti. Jadi sekarang, siapakah beliau itu? siapa lagi kalau bukan.. Vladimir Ilyich Ulyanov aka Lenin.
***
Kita mengenali Lenin sebagai seorang revolusioner yang berpegang teguh pada idea – idea Karl Marx, yang mana ketika mudanya pun adalah seorang pelajar cemerlang sebelum terjun ke arena profesional sebagai sebagai ahli statistik dan peguam (walaupun sekejap saja). Justeru tidak hairanlah tika mana beliau berundur ke scene underground di dalam dan luar Rusia bagi mengarang buah fikirannya.. semua yang ditulis dan diterbitkan jelas berpaksi pada idea – idea Karl Marx, yang dijalin bersama fakta dan data. Namun untuk Lenin sendiri, adakah beliau meledakkan Revolusi Rusia semata-mata kerana tulisan Karl Marx?. Erm.. disinilah plot-twistnya.
Lenin memang sangat teruja dengan gagasan idea yang ditawarkan Karl Marx ( dan Frederick Engels kemudiannya) melalui tiga volume Das Kapital. Itu kita tahu. Namun idea – idea itu, yang saya nampak, hanya memberikan rasional dan justifikasi, melalui analisis kritikal, terhadap sistem kapitalis yang tidak berlaku adil terhadap marhaen proletariat. Satu lagi diperlukan bagi mencucuh api semangat. Sesuatu yang dapat menyalakan emosi. Sesuatu yang Lenin pernah baca sebelumnya, melekat kuat dihatinya, dan kali ini bertambah kuat lekatannya setelah Karl Marx menghidangkan hujahnya. Sesuatu yang berjudul.. What Is To Be Done?
Moving into Kazan in September 1888, Vladmir associated with a clandestine political discussion group led by Nikolay Fedoseev, which finally prompted his first study of Karl Marx’s Das Kapital in his search for answers to the pressing social and political questions facing Russia. For a pragmatist like Vladimir, Marx’s book had enormous appeal on rational, scientific grounds. But his guiding light in this early period was undoubtedly the ‘plodding genius’ of a home – grown Russia social thinker – Nikolay Chernyshevsky.
Chernyshevsky’s didactid novel What Is To Be Done?, writen in prison during 1862 – 3, presented a vision of a socialist utopia based a round a communes of politically like – minded young people living and working together for a common good. The novel’s revolutionary heroes, the feminist Vera Pavlovna, doyenne of a cooperative of seamstresses, and the dark driven activist Rakhmetov, had become icons to a whole generation of idealistic Russian revolutionaries, including Alexandr Ulyanov.
In Rakhmetov, known to his revolutionary comrades as ‘the rigourist’, Chernyshevsky presented a man with all the austerity of a religious fanatic, who lived life pared to the bone: ‘no luxury, no caprices, nothing but necessary’, as he put it. His Spartan, uncorrupted existence was dominated by the strict use of his time. There was no room in his highly disciplined schedule for ‘minor affairs’ or personal matters; his only indulgence was time set aside for physical excercise to maintain his strength and energy for revolutionary struggle to come.
In the rationalistic, enigmatic Rakhmetov the young Vladimir saw a man of ruthless dedication on the road to self – perfection and revolution. He read the novel five times, convinced that ‘every right – thinking and really honest man must be a revolutionary’, and in order to emulate him, adopted similar self – denying precepts ever after in his own life. The book was, so Lenin later claimed, “a work which gives one a charge for a whole life“.
Conspirator – Lenin In Exile | m/s 6
Maka dari sini kita sudah boleh memahami bagaimana fiksyen tersebut menghidupkan bayangan dunia yang ideal buat Lenin. Namun sekadar bayangan sahaja sudah tentulah tiada makna sekiranya tiada solid action di dunia nyata. Jadi setelah itu, Lenin yang biasanya menulis deretan jurnal, makalah, akhbar dan sebagainya.. mula menyusun langkah drastik melalui sebuah penulisan yang lebih serius, lebih radikal, lebih militan. A statement of intent.
Since the previous autumn he had, uncharactheristically, been labouring long and hard on a new work – ‘What Is To Be Done?’. Cencorship prevented its publication in Russia so it was printed in Stuggart in March 1902, its title a deliberate allusion to Chernyshevsky’s novel of the same name that Ulyanov so admired and a clear statement of intent that was unequivocal in its militancy. It had no literary pretensions but rather, it its torrent of vigorous political argument, carried it the characteristic energy and sense of urgency of its author. At times violently hectoring and witheringly dismissive of political opponents, it veered from the kind of crude invective that Ulyanov was now making his own, to rousing tub – thumping, to moments of messianic prophecy.
On the surface it was written with a clear distinction between ‘us’ and ‘them’. Ulyanov and his shock troops were relentlessly moving forward into history, leaving the world behind. There was no room for talk of compromise with the enemies Ulyanov saw as threatening his own brand of Marxism and with it party unity. Group such as Bernstein’s Economist, Struve’s Liberals and the newly established Socialist Revolutionaries, all come under attack. While aimed at bringing such heretics into line, Ulyanov’s essay also laid out, in suitably conspiratorial language, what the work’s subtitle suggested were ‘The Burning Question of Our Movement‘. These, in essence, were the need to move away from flabby thinking and with it the lethargy and carelessness of loosely knit political group, to highly disciplined and centralised party with a clearly defined programme.
‘What Is To Be Done?’ would henceforth be taken as Ulyanov’s defining interpretation of Russian Marxism based on conditions then prevailing in Russia, no matter that there were many hundred of thousands of words yet to pour from his pen over the next twenty- two years.
The imposition of a rational and calculated ‘Germanic method’, inspired in no small part by the Social Democratic movement he had observed in Germany, was a logical extension of Ulyanov’s highly pragmatic approach: it was needed to knock the amateurism and indiscipline of the traditional Russian revolutionary spirit out of romantic idealism and into militant line. Ulyanov was there to lead the way, and ‘What Is To Be Done?’ announced the fact loud and clear.
Conspirator – Lenin In Exile | m/s 52 – 54 (ada beberapa perenggan kecil yang saya potong untuk kekalkan relevancy)
Jadi dari sini kita dapat melihat bagaimana Lenin, sang maestro revolusi yang terkenal dengan pesonaliti serius.. berusaha menyusun dan mengatur tiap langkah radikalnya bagi memenuhi impiannya seperti yang tergambar di dalam fiksyen yang pernah dibacanya dahulu.. sebuah dunia marhaen yang sudah lama diimpikan sejak zaman remaja lagi. Betul, Karl Marx mengusulkan teori, gagasan idea serta solusi. Tapi bagi Lenin, untuk sebab yang sama juga telah mewujudkan kelompok sosialis yang sopan-santun berakhlak mulia.. yakin dan percaya pada evolusi sistem demokratik yang lebih damai tenteram. Ah.. Lenin membencinya.
Jadi sekarang kita setidaknya boleh memahami mengapa Lenin.. yang sudut pandang dunianya terbina dari What Is To Be Done?, akhirnya memilih jalan yang lebih radikal dan militan.. selari dengan karakter Rakhmetov sang protagonist rakyat (sekaligus antagonist bagi bourgeoisie – capitalist – Tsarist). Baginya, itu sahaja cara yang rasional dan wajar, tiada cara lain lagi. And the rest is history..
***
Perkongsian ringkas ini hanyalah untuk memberi idea kepada kita bersama.. bagaimana fiksyen efektif dalam upaya mempengaruhi massa.. Walaupun memang banyak fiksyen lain yang dapat dijadikan contoh, misalnya 1984 George Orwell ataupun The Handmaid’s Tale Margaret Atwood, namun kisah Lenin dan What Is To Be Done? setidaknya bagi saya jauh lebih mengesankan.. bukan semata-mata kerana legasi beliau yang terus hidup sehingga sekarang, tetapi yang lebih penting adalah bagi menjawab persoalan jika fiksyen benar-benar mampu menghipnotis massa. Dan yang terlebih penting lagi adalah.. jika yang terhipnotis itu adalah penulis juga, itu lagilah menyeramkan, kerana dari situlah semangat sang penulis asal dapat diteruskan pula oleh penulis yang lain. Mungkin yang lebih serius dan bersemangat radikal.
Apapun, non-fiksyen pun masih tetap penting, seperti perihal Karl Marx tadi. Itu kita sendiri pun sedar. Namun jika ingin menusuk jauh ke dalam hati dan jiwa pembaca.. bagi hal-hal yang serius dan berimpak besar, maka boleh pertimbangkan fiksyen juga. Jalankan sahaja serentak.. bagi merempuh tembok literary kedua-dua kelompok besar pembaca fiksyen dan non-fiksyen. Itu saya rasa lebih wajar, seperti yang dipersembahkan oleh Chernyshevsky dan Lenin. Mereka sudah membuktikannya.
