Kembali Ke Ranah Blog

Akhirnya memutuskan untuk kembali blogging.. di ranah yang sebetulnya agak lama juga terlupakan. Tidak bercadang pun pada awalnya, namun membuat keputusan atas pertimbangan jika ini dapat membantu dalam menyusun semula semua yang masih berselerak dan berantakan.

Ada juga terfikirkan medsos yang rasanys sudah berhabuk.. tapi tak mengapalah, bimbang juga jika ia terlepas dari kawalan. Chaotic juga nanti. Mujurlah dapat juga membina semula blog, walaupun sekadar bare-bone. Tak mengapalah.. janji siap.

Buat masa sekarang masih belum tahu nak tulis tentang apa. Blog ini pun tiada niche yang spesifik. Lebih selesa untuk berkongsi apa – apa yang terlintas di kepala. Dharapkan dengan praktis paksa tulis, dapat membantu reset semula buah fikiran yang masih sukar ditambat. Moga sahaja.

3.13 pagi. Malam yang panjang. Malam yang masih membahang..

error: Content dilindungi