اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
dan salam sejahtera
Selamat datang diucapkan pada sahabat-sahabat semua yang sudi meluangkan sedikit masa untuk berkunjung ke blog kecil saya ini, yang didirikan sebagai ruang jurnal sehari-hari serta ruang perkongsian terhadap segala apa yang bermain di dalam fikiran.
Segala yang dikongsikan di sini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja.. yang sebolehnya ingin saya atur dengan sebaik mungkin agar apa yang ditulis tetap tampil tenang dan menyenangkan. Namun jika ada tulisan yang terselit dengan nada gasar yang tidak begitu mendamaikan, mohon maaf ya. Justeru, seandainya perkongsian yang ada di sini membawa manfaat buat sesiapa juga yang membacanya.. alhamdulillah. Moga sahaja.
Jika ingin berhubung, boleh layangkan email ke iqbal.imaduddin [@] aol.com. Email ni jarang guna. Jadi, jika sahaja email balas tak tiba dengan segera, mohon mengerti sahajalah ya 🙂
Terima kasih di atas kesudian berkunjung ke teratak kecil ini. Moga urusan seharian kita berjalan lancar dan baik-baik sahaja. آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Salam hormat
Iqbal